Nur Herman Majid

Nur Herman Majid (lahir pada 2 Ogos 1969) merupakan seorang atlit Malaysia yang telah bersara yang pakar di dalam sukan olahraga bagi acara 110 meter lari berpagar. Beliau berjaya melayakkan diri ke kejohanan Sukan Olimpik, Kejohanan Olahraga Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan merupakan juara sebanyak 3 kali di peringakat Sukan SEA. Catatan terbaiknya dalam acara 110 meter lari berpagar ialah 13.73 saat. Rekod tersebut merupakan rekod kebangsaan yang direkodkan pada tahun 1994. Manakala dalam acara 60 meter, beliau berjaya merekodkan catatan masa 8.03 saat pada tahun 1995. Kini, rekod kebangsaan selama 23 tahun dalam acara 110 meter berpagar telah diperbahrui oleh atlit muda, Rayzam Shah Wan Sofian dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Jerman pada 28 Mei 2017. Rayzam Shah berjaya mencatatkan catatan masa 13.72 saat.

Nur Herman Majid

Berat 54 kg (119 lb)
Kelahiran (1969-08-02) 2 Ogos 1969 (umur 50)
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)[1]